Bjork dan Binatang

Selesai sudah muat turun album “Debut” dari saudari Björk Guðmundsdóttir atau pendeknya, Björk. Dah lama sebenarnya, mahu disumbat dengan melodi dia. Tidak terikat dengan satu genre saja. Bebas, cergas merilis satu persatu karya sehingga ke tahap ‘cult’. Cukup.

Lagu Human Behaviour, single pertama dalam album pertama Björk . Liriknya:

If you ever get close to a human
And human behaviour
Be ready to get confused
There’s definitely no logic
To human behaviour
But yet so irristible
There’s no map
To human behaviour
They’re terribly moody
Then all of a sudden turn happy
But, oh, to get involved in the exchange
Of human emotions is ever so satisfying
There’s no map
And a compass
Wouldn’t help at all
Human behaviour

Lirik yang tiada berselirat gaya bahasa. Senang faham. Agak pelik. Ini adalah persepsi haiwan mengenai manusia. Binatang yang hairan memikirkan perihal manusia. Macam². Itu semua adalah nikmat (atau azab?) mempunyai dua ketul jasad bergelar OTAK & HATI. Mode yang bertukar2. Maha suci ALLAH yang menjadikan manusia yang kompleks ini. Ah, persoalan yang terjojol : Binatang berfikir? Bolehkah? Saintis sudah cuba. Cimpanzi boleh susun angka Arab. Depa kata kambing biri² boleh cam 50 ekor kambing biri² lain + 10 rupa manusia. Cukup sekali tengok, boleh ingat 2 tahun. Menarik bukan? Adakah ini cukup untuk membuktikan binatang juga boleh berfikir, ada persepsi? Agak rumit. Namun, aku berpegang pada yang ini: hanya MANUSIA yang dikurniakan akal. Binatang tidak.

Hahaha. Persetankan rangkap di atas jika mengkusutkan.

Manusia. Memang pelik. Hanya kerana tidak diajak makan bersama, sudah tak mahu bertegur sapa. Lalu di sebelah, buat bodoh. Senyap. Buat screensaver “Eat Alone, Live Alone, Die Alone, Anonymous..” Sungguh anonymous. Ini cerita benar. Asli. Ini manusia, ini manusia…

Oh ya. Ada sikit rekomendasi audio visual. Percuma. Youtube saja.

Alva Noto

Hebat. Aku dapat tahu ehsan entri blog Loque . Terima kasih. Alva Noto. Minimalis dan kompleks pada satu detik yang sama.

Cuba untuk muatkan widget Last.fm, tapi tak berjaya.

 


About this entry