Semalam

Mahu kongsi tips: tips membeli komputer riba yang aku baca dari PCSTAT

Keberatan:- Tak larat nak mengusung laptop yang berkilo2. Carilah yang punyai berat 4.5lbs atau kurang.

Pemproses: Pilih pemproses yang terbaik merujuk pada bajet sendiri,bukan bajet Malaysia. Intel Core2/ Core Duo ? Pilihan bagus. Elak Pentium 4 mobile, Pentium M (dua² lapuk, cepat panas, makan kuasa!?). AMD Turion64? Bolehlah.

Memori :sekurang²nya 1Gb atau punyai kapasiti untuk menaiktaraf memori hingga 2Gb. Senang kalau gatal tangan mahu cuba Vista.

Itu sahaja .Hukum Tiga :ringan, laju, 1Gb memori. Sesuaikan dengan bajet sendiri.

Ada video menarik dari Royksopp. Garapan persis iklan Nokia dengan runut bunyi ‘offkey’ I Wanna Hold Your Hand. Kehidupan bagaikan satu iklan. Benarkah?

2 hari lagi ke 31hb. Apa makna 31hb Ogos bagi anda? Parti buih detik jam dua belas? Laga gelas detik jam dua belas? Ceramah kesedaran? Apa sahaja, yang penting anda tahu apa yang baik bagi anda. Aku bukan hakim kau. Kau juga bukan hakim aku. Hakim kita adalah Tuhan. Banyak yang aku jumpe selepas google 50 tahun merdeka. Memula Moon, bangsa Malaysia, itu,ini. Aku tak mahu menulis entri berbaur politik. Cukup sudah beribu blog politik di luar sana. Tak mahu ruang komen dikotori dengan sumpah seranah, berbaur “pijak bangsa orang, julang bangsa sendiri”. Cukup.

Elektromagnetik, Sistem Perhubungan. Subjek berat. Kira-kira. Satah X,Y,Z. Modulator. Jam Sembilan hingga satu, otakku kena kerja. Kerja dengan angka pula. Linguistik, sastera, hiburan, tunggu selepasnya. Dua² subjek ini bukanlah tergolong dalam subjek kesukaan. Subjek membunuh,mungkin. Bunuh semangat, bunuh minat. Hanya bersenjatakan peluru angka, berparangkan persamaan, bermeriamkan pembuktian.

 


About this entry