50×31
Tahniah Malaysia. Sumbat 3 Bolos 1. Tepuk² untuk jentera serangan. Baris pertahanan kena kerja keras. Tak terkejar, tak terjaga, tak tersusun. Bahaya. Jalan ke Piala Dunia akan sepanjang masa bertanda ‘Dalam Kerja Pembinaan’ kalau terus macam ni. Serangan pantas, aku suka. Through Pass, aku suka. Main bola lanjut. Tak suka. Hairan, kenapa tidak main mudah saja. Bina dari bawah, naik atas. Hantaran pendek, tak perlu simpan bola lebih 5 saat. Tak mustahil, kalau nak bermain free flow football. Aku tak nampak sangat kekuatan pemain² tengah, sekadar through pass saja. Nasib kita baik, menjadi through pass kita. Kalau tak jadi? Tak salah kalau mahu bermain cara hantaran panjang/lanjut, cuma perlu penyerang yang ada kekuatan. Boleh pegang bola, tahan kekasaran pertahanan lawan. Kesimpulan : jauh lagi destinasi bolasepak Malaysia. Kita baru saja bertolak. Godspeed You Malaysian Footballers!
T-T
Kamera digital aku. Harapan aku utk bergiat dalam fotografi. Malam tadi flashnya sudah rosak. Huhuhuh, apa nasibku. Cabang fotografi kena ditinggalkan sementara waktu. Sedih. Hiba. Namun aku masih ada Photoshop! Bergembira! Namun ada kala, intuisi mengatakan aku kurang bakat. Oh, tidak!!!!!
Merdeka!Merdeka!Merdeka! Tak kedengaran di telinga aku sahutan warga merdeka. Haha, aku tak dengar sebab aku bukan di tempat kejadian! Terbatas untuk duduk di hadapan komputer. Sedih lagi. Ini semua gara² bajet yang kecil. Tiada bajet untuk hiburan. Hanya tertumpu untuk keperluan asas saja. Huhuhu. Lagi-lagi sedih. Tak dapat bersama bersorak Merdeka! bersama warga merdeka yang lain. Namun itu semua tak penting, rasa aku. Sebab, apa guna sorak-jerit hingga pecah anak tekak, kalau sebaik habis sorakan, masing² beredar dari tempat kejadian dengan Jalur Gemilang bersepah di lantai. Merdekakah? Masa menikmati sarapan, lewat jam enam, aku terlihat sebuah motosikal. Dengan Jalur Gemilang mini diletak atas mudguard. Aku beri kredit pada dia, kerana menunjukkan semangat merdeka. Tapi aku terlihat, sinaran lampu motosikalnya jatuh ke bendera, bukan ke lantai jalan. Wajar? Jangan sampai terkorban sebelum 31 Ogos sudah la ya. Nasib dia aku tidak tahu. Di jalan, berpacak² Jalur Gemilang. Naluri hitamku bergejolak, mahu cabut satu dan bawa pulang ke rumah. Biar nasibnya terjamin di tangan aku, daripada jadi penghuni stor majlis pembandaran atau bahan hina pengisi tong sampah. Akhirnya, naluri jahat tinggal memori. Aku tak cabut pon! Biar saja di situ. Merdeka! Warga merdeka bersorak gembira! Dengan sebotol cairan beralkohol di genggam tangan kanan, perempuan di pelukan tangan kiri.Merdeka! Lepas ini, ke kelab, berdansa ria meraikan 50 tahun Malaysia merdeka. 50 tahun Malaysia merdeka, bahasa ibunda masih jadi soal kedua. Tiada kepentingan. English is better! Bahasa Inggeris boleh bawa kita jauh!Hahahahah. Memang boleh bawa kita jauh, tapi kita akan jadi orang yang tiada asal usul. Janganlah tirikan bahasa ibunda. Apa guna boleh boleh tutur bahasa asing, namun tergaru² bila mahu berbahasa dengan bangsa sendiri. Ini aku tujukan pada diri aku sendiri dahulu, sebelum aku bertindak berseru pada orang.
Lipton & Winston menemaniku. Bukan susuk tubuh manusia tapi hanya jasad² konsumerisme. Satu elok, satu tidak. Aku masih kurang berpuas hati. Ada beberapa widget yang gagal aku letak pada blog. Mungkin ini kekurangan WordPress tanpa hosting. Hosting perlukan wang. Wang menjadi isu pada aku. Mahu saja aku kembali blog pada Blogger. Namun aku tak mahu jadikan blogku sebagai blog ‘Widget Gempak, Entri Haprak’. Biar widget jadi isu tertangguh, entri adalah isu berkepentingan.
Aku di sini, masih tercari² kemerdekaan bagi susuk tubuh berisi roh ini. Merdekakah aku?






No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]