Selang Empat Hari Kemudian…
Sabtu hingga Selasa adalah syurga bagi aku. Tak perlu bajetkan tidur, tiada kekalutan mahu ke kelas. Boleh santai, duduk di depan pc kalau kekosongan. Tapi aku dah mula terasa muak. Muak kerana ketiadaan aktiviti luar. Chelsea hampir menjulang ‘treble’ musim 2007/2008, tapi hanya di gelanggang maya FM2007. Tiada lagi pembaziran dana perpindahan Abramovich. Musim ini lebih kepada melentur fizikal & mental pemuda². Musim ini terasa sikit keperitan mengurus skuad kecil.
Melayar alam maya siber, terjenguk² berita. Ajaran sesat lagi. Tak ada penghujung. Takkan ada penghujung, kalau masih wujud kutu² yang mencari kebenaran berselitkan kesenangan. Mahu masuk syurga senang. Tak mahu susah² solat. Mahu lakukan seks tanpa ikatan sah. Pelik, golongan elit, lulusan masters, PhD pon masih tersangkut dgn kebodohan orang gila duit & pendek akal yang bodoh mengaku ada kuasa pengampunan dosa, boleh bercakap dengan rasul. Ada berita dari Reuters, papar berita kesulitan maknyah di Malaysia.
Dan aku amat rimas tentang petikan ini:
“We are all in a dilemma. We are Muslims. They say this is not allowed, but they never tell us what are the options. I felt like it’s being used to oppress. But I know that religion, Islam is so flexible…,” said Khartini, a practicing Muslim.
Dia mengaku dia muslim. Dia mengaku dia mengamalkan cara hidup muslim. Akak/abg, jawapan takkan dating sendiri. Takkan nak tunggu orang mai suap tepat masuk dalam mulut. Jawapan kena carik sendiri. Hatta nak meniru dlm peperiksaan sekalipun, kita kena usaha belek sana,bisik sini. Ya, memang perit, memang sakit nak mencari keinsafan. Kalau senang nak insaf, ramai la orang buat polisi “sepuluh saat aku nak mati baru aku insaf”. Nak jadi baik bukan senang. Nak jadi jahat bukan susah. Lambat laun,akan Nampak jua cahaya . Benar, aku tak layak sebenarnya menasihat, tapi lagi bodoh kalau aku tak menasihat. Membiarkan kejahatan berlarutan. Sekurang²nya, kerja aku selesai. Terima atau tidak, pilihan sendiri, tanggungan sendiri.
Gores & menang lagi. Muak aku.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20070903110511/Article/index_html
Patutnya sebelum apa², bawak hantu² nie pg balai polis. Atau panggil polis dtg rumah. Ajak mereka berbincang kat kedai kopi, Pelita nasi kandar, atau ke balai polis. Hantu² gores & menang ni pandai sekali. Siap bawak satu folder, sisipan akhbar fotostat edit sendiri. Tunjuk dgn bangga. “wooo, kita orang masuk paper woo, talak tipu punya”. Rumah sewa aku pernah jadi sasaran. Mula² hantar sorang. Dah penat mulut lawan ckp dgn kawan serumah aku, dia panggil sorang lagi. Tak menang jugak, kalah dgn komen tanpa tapis ehsan kawan aku. Dua² berambos, muka hampa. Tapi aku kesian pada pakcik,makcik di luar sana. Tak ada orang nak backup. Akhirnya jadi mangsa.
Winston, Lipton. Aku suda penat. Kejap lagi aku antar korang kat tempat korang, dan aku landing tempat aku.
About this entry
You’re currently reading “Selang Empat Hari Kemudian…,” an entry on AkuTaip
- Published:
- September 4, 2007 / 5:13 pm
- Category:
- semasa
- Tags:






No comments yet
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]