Tema Baru
Salam. Aku rasa biarlah aku jadi minimalis. Bermula dengan theme minimalis Hemmingway. Perut merayu minta diisi, rasa membelai, mahukan nasi lemak. Ku turutkan saja.
Nur Amalina Che Bakri, SPM2004, 17 A1. Masih ingat?Baru ketahui? Tak apa. Dia masih lagi cemerlang. Bukan seperti khabar angin busuk yang mewarwarkan kejatuhan prestasinya. Tahniah kerana berjaya mengekalkan prestasi. Bukan senang jadi orang pandai & diketahui umum. Semua mahu tengok kita jatuh, kemudian kritik sana, kutuk sini. Jika dengki sekalipon, cukup saja hati hitam sendiri yang tahu. Jangan menghitamkan hati orang lain.
Hari ini nama Lipton tak naik, kerana Haji Ali menggantikannya. Warung Haji Ali. Oh, perlu siap² ke kuliah. Empat jam sarat dengan matematik.
Empat jam kemudian, aku duduk menaip. Tanpa makan tengahari berhadam ni perut. Aku papa. Mesin ATM terkena blue screen of “out of service”. Duduk di pekan kecil, bank hanya satu terpacak. Kalau seorang cucuk empat ratus kertas bernilai, cuba darab dengan seratus. Maka akan berlakulah “skrin biru tergendala sebentar” dengan kerap. Huhuhu. Tadi aku dapat kembali result Test I: Elektromagnetik. Sedih, sangat sedih. T-T. Aku gagal dapat markah bagus. Ujian semula menyerabutkan lagi kepala otak saya. Tapi nak kena baiki lubang dan tiris markah.
Goodluck & godspeed pada Azururu, yang akan menduduki ujian secara solo, face 2 face dengan pensyarah. Aduh, itu perlukan kekuatan.
About this entry
You’re currently reading “Tema Baru,” an entry on AkuTaip
- Published:
- September 5, 2007 / 7:00 am
- Category:
- Tema baru
- Tags:






7d Comments
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]