Khamis Kidd

Khamisku bermula seawal jam 12.30 pagi. Buka mata yg melekit²,meronta² tak mahu disinar cahaya kalimantang putih. Kitar hidup masih tidak normal. Boleh jadi gila kalau begini:-petang tidur, awal pagi bangun tidur. Dah menyeksa diri dengan air pancur sejuk, aku bersiap dan mencari habuan perut. Biasalah, waktu begini pekan durian tunggal sudah mati, kecuali dua kedai. Dan 7-E. Terus aku meneran throttle motor pinjam, ke kedai makan warga kelantan, baru berniaga disini. kedai kelantan tak tahu masak nasi goreng hailam. Aku perlukan bekalan daging, badanku kurang daging. Terbungkuslah jasad² daging merah beserta ribuan butiran nasik. Pecut, sampai, makan, lega. Azururu tekun menyeksa otak dengan rajah, formula & soalan belitminda. Besok mahu ujian. Duduk di depan pc, taip sana, cari sini. Azururu mencelah, katanya ada entri di mohdismail.com, cerita hosting. Tros aku laju menaip, dan aku jumpa entrinya. Hmmmm, menarik. Terusik jiwaku yang dambakan hosting. Hosting percuma bukanlah pilihan baik, namun tak salah kalau mencuba. Aku juga mahu settle down, kesian sama orang. Asyik tukar layout theme saja. Nah,canangan umum: Theme sedia ada sekarang akan kekal, sementara aku susah payah korek², potong tampal dan muat naik blog ke hosting baru. Saja sebagai eksperimentasi. Mungkin petang ini sesi tangkapgambaq akan berjalan. Kalau larat nak beli bateri la. Flash rusak pun, flash rusak la. Janji snap!bang!vavoom!.


About this entry