Tiga sampai Lima
Pukul Tiga Pagi
Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan
Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang… bujang
Bukan mata keranjang… sembahyang
( dialog )
Jam sudah pukul 3 pagi
Apa lagi dinda tidurlah intan
Esok dinda boleh bangun lagi
Sesudah itu kita boleh bersenda gurauan
Kalau bangun mesti pagi-pagi tau
Jangan lupa renung ke awan
Ha ha ha ha itu mesti selepas gosok gigi
Selepas minum kopi satu cawan
Kanda pergi kerja
Jauh di kota
Dinda jaga rumah
Jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang… bujang
Bukan mata keranjang… sembahyang
Bangun saja dari empuk TOTO, aku diserabutkan dengan satu agenda: TAKE HOME TEST! Kena hantar hari ini, dan aku mencari catatan waktu. 3pagi?!?!? Ah, minda ini semakin lemah. Memori aku gagal untuk kenalpasti menda ni sbg PENTING! Maka,santapan lupakan dahulu, siap saja terus memecut ke rumah rakan. mujur dia masih belum tidur, juga sedang mendera sel² otak dengan soalan Take Home Test. Ini bukan soalan jenis gorenghangus. 100% matematik elektromagnetik. Sangat memeningkan. Maka bekerjalah tangan, otak & mulut aku sehingga jam tujuh. Lega! Satu perkara selesai, aku gegas² pulang. selesaikan kewajipan, terus aku mencari santapan. Pulang saja, Azururu masih tekun dengan kebarangkalian & statistik. Jam sebelas ujian berlangsung. Duduk², menjadi tutor kurang ilmu buat seketika & terus berinternet. Singgah beberapa blog & jatuhkan komen sebutir dua. Rajinkan diri dengan pindah fail² ke hosting. Masih gagal lagi. Puas aku mencari apa cacatnya, aku masih gagal utk run installation WordPress. Aku rasa, aku perlu domain name. Ya, mungkin. Sudah ajukan soalan pada mereka² yang arif & masih pending balasannya.
Sup kambing untuk lunch memang memuaskan. Perut aku sudah tidak merengek lagi. Hirup teh halia sambil sibukkan diri dengan berita arus perdana sayap kanan. Ada entri perihal angkasawan Malaysia. Pak² menteri sedang berusaha untuk menyediakan rakyat malaysia dengan liputan perihal angkawasan kita. Bagus juga, mungkin aku akan memikirkan untuk tonton. Pastinya, akan ada di Youtube atau saluran video online. Agak menarik untuk difikir, akan pernyataan berikut:
“Kita juga akan membuat pensel berbentuk roket dan angkasawan supaya anak muda ini teruja menjadi seperti angkasawan pertama negara itu,”
Cukupkah pensel roket & angkasawan untuk menguja minda mudamudi era Playstation mayapada ini? Adakah sebatang pensel, yang mudah patah, senang dihilangkan, berbaloi untuk dijadikan pemangkin jiwa & peluap semangat untuk jadi angkasawan Malaysia yang seterusnya? Lalalala, tepuk dada, tanya iman. Jangan tanya Aiman, dia tak kisah.
Juga ada entri, pakar² negara memajukan teknologi memantapkan kualiti produk kayu dengan nuklear. Satu pencapaian yang bagus. Mungkin kita masih bertatih untuk capai saat negara aplikasikan tenaga nuklear untuk sumber tenaga besar-besaran. Aku tunggu saat tenaga nuklear diguna pakai untuk menghidupkan jentera kenderaan. Mustahil?Mati hidup semula, tua menjadi muda sahaja yang mustahil di mukabumi ini.
Aku sedikit hairan, kenapa di tempat aku, sudah ramai warga pendatang memiliki kenderaan. Dari kapcai uzur, hingga Panther jerung. Ada lesenkah mereka? Kalau ada, macam mana depa dapatkan? Persoalan aku terjawab dengan berita ada sindiket lesen L. dengan wang rm400, duduk sejam dalam venue ujian berkomputer, nah! lesen L satu, kurang manis, siap! ada insan punya skil, boleh kacau² sistem ujian elektronik untuk lesen L. Segelas teh o ais untuk insan ini. Polis, cari ini orang sampai dapat! Serap masuk dalam polis, kerja sama polis. Kita perlukan pakar untuk jatuhkan pakar.
5.32 pm sudah. “waktu expired ko hari ni dah dekat…” azururu baru pulang. sibuk berurusan pasal industrial placement. sorry beck, aku enggan tumpang populariti kao dengan frasa “besok saja”…hahahahahaha.
Sikit nota kaki tiada bau busuk: Aku sedang eksperimentasi. Nak blogging dengan hosting sendiri, domain sendiri. Pada mereka² yang sudi menolong, sila²!
About this entry
You’re currently reading “Tiga sampai Lima,” an entry on AkuTaip
- Published:
- September 7, 2007 / 5:36 pm
- Category:
- semasa
- Tags:






1 Comment
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]