Patah Balik

2.jpg

Gambar ehsan dari Fqrl. Masih bayi yang baru menangis, diibaratkan dalam arena fotografi. Aku cemburu tanpa mata sama kau. Sebab?Kamera.Haha.Sabar itu preskripsi untuk aku sekarang. Mohdismail.com rancak berbalas peluru hujah. Sibuk meneliti komen, aku terlihat komen Beck. Tulus habis. Tapi bukan komen dia yang menarik minat, cuma gravatar dia. Kamen Rider.Kamen, kamen….aha! Kesatria Baja Hitam (baju hitam la wei, tak reti² nak buat pembetulan). Aku terus berpatah balik. 1993. Darjah empat. Aku menerima penangan siri superhero matahari terbit yang pertama. Adegan Kotara Minami meng-henshin, tendangan ‘madu’ maut (itu versi tendangan padu maut aku) , belalang tempur….ah, teruja habis. Kelas mengaji al-quran menjadi mangsa pontengan aku. Hingga aku terpaksa berhenti mengaji dengan orang. Itu penangan Kamen Rider Black. Kamen Rider Black, titik pertama main balik memori aku: Rancangan Kanak². Lepas satu, satu aku Youtube. Saja, ulang tonton ending & intro sequence. Perasankah kita, intro & ending kebanyakan rancangan kanak² ini, punya muzik latar yang amat lazat. Ending Thundercats, intro saber rider & the star sheriffs, silverhawk. Banyak lagi yang aku tidak perasan semasa kecil. Benda² ini yang selalunya dipandang sebelah mata, atau di fast forward. Lihat saja intro Saber Rider & Thundercats. Jilatan² gitar yang mengaum. Aku suka video ini. Youtuber ini memainkan semula versi intro Saber Rider & The Star Sheriff, metal!

Sungguh mengujakan, zaman kanak². Hanya fikir superhero, main lawan² hero vs orang jahat. Haha. Dulu.


About this entry