Oh Hosting, Hai Bunyi, Hoi Visual

Hooray! Tepuk untuk saya, permintaan tanpa segan & malu! Berjaya juga setup sebuah blog guna hosting (percuma). Setelah berhempas pulas dengan 000webhost tanpa hasil, aku berubah angin ke ifastnet. Dan, tersedialah sebuah blog berupa ini. Masih dalam eksperimentasi, dari penggunaan plugin dan sebagainya. Memandangkan yang ini hanya praktis utk aku, maka aku takkan tukar hosting web ni ke ifastnet, terlalu kurang spesifikasi & kemudahannya. Ini aku buat sekadar naluri ingin tahu. Dan ia telah terjamu.Hehehe.

Agenda manusia ini untuk hari ini: lengkapkan playlist. Banyak juga kerja aku sebab banyak discography yang tak lengkap. Aku tidak berat pada genre tertentu. aku universal, tak mahu terikat pada fahaman mana². Aku dengar kata selera aku saja. Adakala alunan keras membunuh menaikkan selera. Nada lembut & melayang juga termasuk dalam senarai. Kesimpulannya,kalau ada rekomendasi untuk dikongsi bersama, sila², jangan malu, jangan segan ,kalau segan, balik bagan! Baru saja selesai muat turun album Subterranean dari In Flames. Walau pembawa genre melodic death metal, jangan la menyerkap jarang dengan tanggapan cetek bahawa In Flames nih black metal, pengikut fahaman satanisme atau seangkatan. Itu hanya klasifikasi muzik oleh orang² arif tentang genre metal. Genre metal disusurgalurkan dari aspek keberatan riffing, kelajuan hentakan dram beserta double pedal, tahap growl vokalnya, kompisisi lagu dan panjang mana solo gitar. Gaya penulisan juga berbeza. Cukup teori muzik utk kali ini, haha. Lagipun, kalau anda yang masih waswas dengan apa cerita bawaan In Flames, langsung tiada unsur² makhluk kepala kambing, ritual teguk darah atau korban manusia. Hanya bermain² dengan soal kemanusiaan, ketamadunan, kehancuran manusia. Still being sceptical? Sudahlah, lupakan In Flames, tumpu pada lagu jiwa² saja. Tapi satu saja pesan: jangan menilai penggiat² muzik genre sebegini hanya dengan bermodalkan apa yang anda lihat pada baju t mereka. Selidik dulu. Wiki ada, google ada. Kalau malas cari info, duduk diam² saja. Ah, aku sekarang cenderung ke arah runut bunyi dari filem. Baru melengkapkan set dari trilogi Ocean & Bourne. Mungkin ada yang bosan mendengar, tapi bukan aku. Garapan David Holmes(Trilogi Ocean), John Powell (Trilogi Bourne) agak menarik. Hans Zimmer punya karya, aku belum sempat lagi mencari. Mamat ini banyak kutip trofi. Cuba cari, dengar, cerna, komen.

Tapi aku tak boleh lawan koleksi yang kawan aku ada. Sudah penuh satu bekas cd bulat tinggi sejengkal. Dia mmg teliti. Setiap info lagu itu disunting, supaya tepat. Tepuk² untuk dia!

Sedikit hampa dengan sony dsc s40. terlalu terhad mode yang boleh dimanipulasi. Sekadar mampu untuk bermain dengan white balance, dan iso. macro mode pon takdak!!aisey, mmg sebuah kamera point & shoot semata².Tapi tak apa, mana tau terkeluaq satu atau dua imej yang menggiurkan kan, lagipun keadaan aku tak mengizinkan aku untuk memiliki kamera lain…..T-T

TAMMAT.


About this entry