Muka 7 dari 35.
Bila agaknya pembikin filem akan keluarkan filem seenak City of God?
Bila agaknya kampus aku dilabel ‘bebas dari bau ayam’?
Bila agaknya aku mahu jatuh chinta sama elektromagnetik?Sungguh perit memaksa mata, jiwa & minda menatap teori² Faraday, Maxwell, Biot-Savaart & Lorentz.
Minggu² mendatang mungkin menyaksikan kekurangan entri di sini. Jadual sudah sendat dengan ujian, kuiz, sesi melawat kedai elektronik, lab ganti, dan, oh Tuhan, peperiksaan selepas raya. Terus saja riangria hariraya terbantut tatkala imej peperiksaan terpacak berdiri dalam kapasiti otak yang ciput tahap eksploitasinya.
Oh, aku sedang rehatkan kelenguhan tangan. Tugasan 35 muka, tulis tangan only!! Di satu sudut Subang, ada insan, tekun melorek, melakar,menconteng. Ya, aku akan merindui saat seksa duka seorang pelajar universiti (dahulunya kolej universiti sahaja).
Oh, aku adalah mangsa yang kesekian nombornya, yang masih gagal bertiket balik kampung. Beraya di Melaka? T-T
About this entry
You’re currently reading “Muka 7 dari 35.,” an entry on AkuTaip
- Published:
- September 19, 2007 / 1:25 am
- Category:
- Uncategorized
- Tags:






8d Comments
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]