Pohonan Maaf

Ampun,ampun. Berhabuk & berdebu lapangan ini. Masih tak dapat nak menyalurkan idea² bukan akademik di sini, namun jerutan akademik amat kuat, tak dapat lari. Kebelakangan ini agak sibuk dengan bau busuk pateri berfluks, habuk2 papan pcb dan cebisan penebat wayar. Ya, aku sedang dibelenggu projek tahun akhirku. Mahu saja ambil kesimpulan pendek;beli projek, beli dokumetasi, persembahkan projek pengangkat punggung dan kening. Oh, duit menyenangkan hidup, juga menyempitkan akal.

Hujung minggu depan, berangkatlah tubuh ini ke KL Sentral. Aku mahu pulang ke Pulau Pinang, berhari raya pendek disana. Pendek, sebab raya keempat aku mesti balik Melaka. Bersusun kerja & ulangkaji aku perlu hadap. Sakit.

Ah, hujung minggu ini ada majlis buka puasa batch. Aduh, buat sekian kali aku tak bole berbuka, bersembang, karut² sama budak². Maaf kawan, duit mengekang aku untuk bersua.Perlahan², nama aku hilang dalam memori kawan². Tak apa, busuk² pon aku masih ingat mereka.Ampun yang kedua.

Ah, Pink Floyd. Lunak jugak. Biar aku layan dulu selagu-dua. Lepas ini menyelam ke dalam paya kerja pulak!wengwenweng pusaran bunyi.


About this entry