Sequel Selepas Raya
Khamis.19 oktober. aku selamat sampai ke tanah melaka. dibawa bersama bekal kuih almond london dan kerepek dari kampung, buat mengisi perut2 yang lapar di rumah sewa. Di sini aku ingin memberi sedikit gambaran mengenai gambaran² yang aku tergambar sewaktu di kampung.
RapidPenang: jejak saja kaki di stesen keretapi, sudah pukul 6.30. tak bole bersahur di sini, aku terus mencari pengangkutan pulang. Terkejut! Bas² Rapid sudah mencengkam pulau pinang. Setelah duduk di kerusi plastik dlm perut bas, mata melihat kelapangan ruang dalam bas. selesa jugak (kalau penumpang tak penuh). Baru saja berbunga bait² pujian, ia dimatikan sekelip mata dek pemandu bas. Menyelit di ruang kosong umpama seorang mat rempit. Emergency break saja lebih dari 5 kali. kalau boleh, dia mahu buat muka bas melekat dengan jubur kenderaan di depan (agaknya). Ah, bas ini ada cctv. untuk apa agaknya? adakah untuk merakam adegan² suam mudamudi mabuk asmara yang merebak bak api di rumput kering?hahaha, itu senario biasa, kawan. romen2 sudah menjadi santapan mata tiap hari di mana2.usah kata di ibukota saja, di ceruk utara juga tak mahu kalah.
Hari Raya: Pagi raya yg amat cemerlang. sempat jugak aku tangkap gambar langit cemerlang pagi syawal. Cemerlang pada awal pagi saja, sebab selepas itu tidak cemerlang lagi. Hujan saja. Ziarahan tetap menjadi kemestian. Rutin ke pusara selepas subuh tak dapat diteruskan kerana aku bertugas di rumah haha. Masjid qariah kampung masih meneruskan tradisi baru; sediakan juadah rendang ketupat untuk jemaah yang setahun sekali dua menjenguk masjid. Yang berpusu2 lepas solat sunat, tak mahu langsung merelakan telinga dijamah khutbah aidilfitri. Lebih rela memperhambakan diri di hadapan peti audiovisual bodoh. Sepupuku dari Johor turun ke Pulau Pinang berhari raya, jarang2 tuh, sebab jauh kan. Langsung tour hari raya ke rumah sanak saudara sampai lah ke malam hari. Besoknya keluarga kakak sulungku bergegas ke melaka pulak. Ringkasan untuk aidilfitri tahun ini; semakin kurang sanak saudara datang menjenguk, makin kurang dirasa suasananya. Dan tahun ini, aku sudah tidak layak lagi menerima sampul berhias berisi wang. T.T
Sekian sudah laporan cuti pendek. Aku pulang ke melaka dengan kemalasan, bakal menghadapi meja kerusi dewan peperiksaan, dan panel2 PSM II. Sikit saja lagi aku mahu bebas sementara. Kemudian dihambakan pula kepada kerja.
Selamat & salam.
About this entry
You’re currently reading “Sequel Selepas Raya,” an entry on AkuTaip
- Published:
- October 22, 2007 / 3:11 am
- Category:
- Uncategorized
- Tags:






1 Comment
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]