Naninong

Dua minggu untuk belajar. Satu masa yang lama tu.Ops, lupa nak beritahu, aku, beserta ribuan anak muda di uni ku sekarang dalam minggu peperiksaan. Elektromagnetik sudah lepas. Dan tak mahu fikir lagi pasal itu,titik. Sistem Perhubungan menyusul 14 hari lagi. Banyak masa untuk aku sumbat ruang² kosong di otak dengan gambarajah² blok, teori², kira². Adoi, penat otak ni.

Alunan indah muzik terbang-terbangan Sigur Rós membelai gegendang telinga. Yang ini segar dari cakera liut aku, album kompilasi Hvarf-Heim ini, oops, tangguh di sini dahulu. Sebab? Aku berbau fail² bocor. Sepatutnya album ni dirilis 5 Nov. Tunggu aku double-check dulu. Walau bagaimanapun, ia tetap alunan yang membelai gegendang telinga di awal tengahari panas yang mengetuk pintu.

Kahwin2u.net. Apakah? Kalau sudah biasa² dengan Digg, laman ini akan mesra untuk anda. Cuma, lebih kepada perkahwinan. Penggiatnya, Eddy, adalah rakan sekolahku. Untuk anda² yang baru sahaja ‘bina masjid’ dan nak berkongsi khabar indah itu bersama rakan & musuh, boleh buat di sini. Sila cuba, tak kena bayar apa². Kita suka yang percuma bukan?


About this entry