Kosong & Enggan
Aku duduk sebelahnya. Bertanya khabarnya. Merisik beritanya. Dia duduk di sudut gelap. Kotor & comot. Tiada bersepatu. Belum sempat aku menggerakkan rahang, membentuk geseran bunyi berbentuk sukukata, dia sudah bersuara.
Aku berlapar. Ya, aku amat lapar. Tapi aku tahan diriku dari meminta². Selagi daya aku wujud, aku mahu tahan. Ya, tahan. Tahan dari menghampiri pengemisan.
Dia bodoh. Ruang otakku terisi kenyataan itu. Siksa diri, sakitkan perut yang selalu kosong itu. Siksa lagi. Mahu jadi tetamu rumah berbau cecair nyahjangkit agaknya. Dia ada berkata, “masalah aku, jangan jadi masalah kamu..”
Dan dia berlalu, menyusup masuk ke dalam ruang gelap. Hitam bak malam yang dibancuh pekat tanpa perasa bintang. Dia, dan degilnya, berlalu, beransur hilang mengadunkan diri dengan ruang gelap itu. Dia masih belum makan.
About this entry
You’re currently reading “Kosong & Enggan,” an entry on AkuTaip
- Published:
- November 2, 2007 / 8:06 pm
- Category:
- Biasa
- Tags:
- lapar dahaga, sastera rongak






5 Comments
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]