Bebas {sementara}
Maaf.Maaf.Maaf.
Kebelakangan ini, kesibukan, kecelaruan & kemalasan menyepikan blog ini. Lewat pagi sabtu, baru selesai menduduki peperiksaan Sistem Perhubungan. Selepas membayar hutang² tidur yang agak banyak, otak sedikit santai dan mudah untuk dipujuk berfikir…
Politik?Ribut,angin kencang dan taufan. Bencana politik sudah melanda. Oppps, maaf. Tidak perlu disingkap tabir yang gelap ini. Tabir politik tidak pernah cerah, tak pernah bersih. Walaupun selepas perhimpunan BERSIH yang tak bersih. Cukuplah ribuan posting yang marah², kutuk sana sini, gelak hahahuhu. Kalau mahu cernaan politik, di sini bukan sidangnya. Kenapa tidak di sini? Bukan aku tak mahu menjamu sajian politik. Bukan aku seorang yang tidak peka pada politik. Cuma aku tak mahu nanti aku akan sumbang. Hanya tau kritik saja,orang itu tak betul, orang ini salah, cibai sana, butoh sini. Kritikan yang tiada hanya ada isi pada teks, tapi kosong pada pengisian. Biarlah aku tampal & pomen dulu kepimpinan diri, sebelum aku cuba pomen kepimpinan orang lain.
Youtubing. Hahaha, dalam semak samun dek periksa dan thesis, ada jugak celah² waktu. Aku Youtube cerita melayu. Mungkin ada yang gelak (rofl), tapi itulah hakikat. Sudah muak dengan suapan² dari barat. Marilah mulakan gerakan Youtube Cerita Melayu!!!
Tidur. Tidurku jauh dari sempadan normal. Bila dapat saja menemui pintu kenormalan tidur, ada saja perkara yang merosakkan kebahagiaan itu. Saat bergelar pelajar ini, hakikat itu kena diterima buat sementara waktu. Di kampung nanti boleh saja kembali ke sediakala, tidurku ini.
Foto. Tiada hasilan baru. Kamera Sony DSC-S40 makin meragam, jadi menambahkan duka serta mematikan selera untuk menangkap gambar. Main ramai yang berpeluang memiliki DSLR. Aku juga mahu satu, tapi tunggu bila aku sudah cukup ilmu (dan wang). Jika mahu, tengokla sini. Ini saja hasil dari mesin yang hampir jahanam itu.
Gambar header yang asal, masih belum ada idea manis yang terlintas. Mungkin idea akan muncul bila aku di atas TOTO empuk nanti…
About this entry
You’re currently reading “Bebas {sementara},” an entry on AkuTaip
- Published:
- November 19, 2007 / 2:02 pm
- Tags:
- politik, sony dsc-s40, youtube cerita melayu






1 Comment
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]