Karyawan Karat

Sabtu di ambang pintu.
Jumaat menangis lesu
Tiada tingkatan usaha
Malasan di ceruk gelap sahaja

Audiovisual tiada bernafsu
Pornografi mengundang lesu
Muzik tempat ku mengadu

Keras dan kasar buatku muntah
Ku ingin santai dan mudah
Goldfrapp memetik hati
Mari berdansa dengan kami

Electroclash, Synth dan Pop bersanding
Lembut lentuk bak puding
Ligat peri gasing
Clubbing? Aku memang asing

Cukup lah sastera rongak untuk saat ini.
Kembali normal dan bosan lagi.


About this entry